My Family Day

Saturday, April 17, 2010

SEJAUH MANAKAH KEBERKESANAN PENGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.

Penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan di abad 21 bukanlah sesuatu yang baru. Malah boleh dikatakan hampir semua negara telah mengikuti perkembangan ini dan cuba merealisasikannya. Di Eropah, bidang teknologi maklumat dalam pendidikan telah diperkenalkan sejak awal tahun 60 an. Dalam konteks pendidikan, komputer dan teknologi maklumat dapat membantu dalam pelbagai urusan dan berpotensi mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Di Malaysia penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan masih di peringkat permulaan namun pengunaannya semakin pesat dan memberangsangkan.
Saya berpendapat bahawa kerajaan telah berperanan untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia, kementerian ini telah mengambil langkah drastik dengan melaksanakan beberapa perubahan untuk menjana sistem pendidikan agar selari dengan pemodenan yang banyak dipelopori oleh penggunaan teknologi terkini seperti penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan. Antara program yang sedang dilancarkan kementerian pendidikan adalah pelaksanaan sekolah bestari.
Sekolah Bestari yang cuba diwujudkan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui beberapa sekolah rintis bertujuan untuk mengubah budaya persekolahan yang berdasarkan memori kepada lebih berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan kritis serta budaya penyayang dengan menggunakan teknologi terkini. Ini dapat membuka peluang yang luas kepada penggunaan teknologi maklumat yang pasti akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.
Mulai Januari 1999 internet saluran utama teknologi maklumat, menjadi sebahagian dari Sekolah Bestari. Pada awal tahun 2000 yang lalu, hampir semua ksekolah menengah telah diakses ke internet secara berperingkat. Kementerian Pendidikan dengan kerjasama dan bantuan kepakaran MIMOS telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman,1996 ). Melalui projek ini Kementerian Pendidikan telah menyediakan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada guru-guru. khususnya Bahagian Pendidikan Guru telah dan sedang menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan (14 minggu) kepada guru-guru bertempat dibeberapa buah maktab.Melalui kursus ini guru-guru didedahkan kepada pelbagai kemahiran generik termasuk bidang teknologi maklumat yang menjadi tapak utama sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan berkesan.
Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada keterbukaan warga pendidik menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran dan pembelajaran yang di rancangkan oleh mereka. Warga pendidik contohnya guru, yang menjadi nadi dan tulang belakang yang menjana keberkesanan pendidikan secara keseluruhannya, kita dapati semakin ramai di kalangan mereka sudah celik teknologi maklumat. Jika lima tahun lalu, hampir tiada guru di Malaysia mengetahui apa itu Internet apa lagi menggunakan Internet. Kini bilangan guru yang mempunyai akses ke Internet sudah semakin bertambah malahan mereka telah menganggap teknologi maklumat merupakan sesuatu yang perlu untuk memudahkan proses P&P mereka. Perkembangan pesat dalam pengunaan teknologi maklumat dalam pendidikan merupakan satu jalan yang cerah untuk menjayakan pendidikan bertaraf dunia.
Kesedaran ibubapa akan kepentingan penggunaan teknologi maklumat banyak membantu anak-anak mereka menggunakan teknologi ini dengan lebih efektif. walau bagaimana pun setiap keluarga sekurang-kurangnya memiliki sebuah komputer di rumah mereka kerana , teknologi maklumat berkait rapat dengan penggunaan komputer. Menyedari hakikat ini kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan mengalakkan sesebuah keluarga mempunyai sekurang-kurangnya sebuah komputer masing-masing di rumah.
Bagi menyempurnakan hasrat ini, kerajaan telah memudahkan kita dengan memberikan kelonggaran untuk mengeluarkan wang simpanan masing-masing melalui akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebanyak RM3500.00 bagi pembelian komputer untuk ahli-ahli KWSP. Dari sini kita sedar, maklumat-maklumat yang bakal dapat dan guna dari penggunaan komputer itu sangat bergunaTeknologi komputer telah terbukti sebagai mesin elektronik yang anjal dan berkeupayaan tinggi. Kepantasan dan kecekapan komputer dalam melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan pengiraan yang tepat serta menganalisis dan meramal keadaan cuaca, meletakkan kedudukan komputer sebagai media yang semakin diperlukan dalam kehidupan kita.
Peranan sektor swasta juga banyak membantu perkembangan pengunaan teknologi maklumat, kerana sememangnya kita tahu penggunaan teknologi maklumat memerlukan kos, maka kekangan kos inilah biasanya membataskan pengunaan teknologi maklumat. pada masa kini , kadar bayaran untuk mengakses internet semada melalui TM-Net atau Jaring telah menurun, malahan syarikat besar seperti Telekom berkerjasama dengan Kementerian pendidikan untuk menghasilkan Telekom Smart School yang menyediakan pekej P&P melalui Laman Web yang dinamakan getCyberEd.com.
Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini.

1 comment:

  1. Semoga kemahiran dalam pengunaan ICT dapat membantu pendidikan ke arah globalisasi.Barulah kita dapat melahirkan pelajar yang berpengetahuan tinggi dan berkemahiran tinggi untuk merealisasikan Model Ekonomi Baru .

    ReplyDelete