Friday, June 4, 2010
Hai...Kawan-kawan PPGB Kohort 9!!
Cuti penggal ini memang enjoy betullah semua, right?! i pun sama. tension dah hilang, memang rasa relax betul...hooo....
Walau bagaimanapun, jangan lapangkan sedikit masa untuk sembang-sembang di blog o... Byebye ....
Saturday, April 17, 2010
SEJAUH MANAKAH KEBERKESANAN PENGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.
Monday, April 12, 2010
Kebaikan Internet
Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet. Mesej yang dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya boleh sampai dalam masa beberapa minit sahaja. Para pelajar juga amat berhati-hati semasa menulis mesej supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh sipenerima dengan mudah. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa, khususnya bahasa Inggeris. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel eletronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi yang canggih ( Everett and Ahern, 1994 ).
Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya adalah seperti E – mail (Mel Eletronik), laman web (WWW), Internet Relay Chat (IRC), telnet, File Transfer Protocal (FTP) dan sebagainya. Semua kemudahan di atas boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu, perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting, supaya pelajar dapat menggunakan internet secara maksimum dan optimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan sama ada sebagai sumber maklumat atau pun sebagai bahan bantu yang diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dengan adanya pengintegrasian kemudahan-kemudahan internet dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, maka banyak faedah dapat dibawa kepada para murid ( Zoraini, 1996):
(i) Pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia
(ii) Pelajar dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer
(iii) Pelajar berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan
(iv) Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau kemahiran berkomunikasi
Monday, March 29, 2010
APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA: PENGUASAAN GURU DAN KEKANGAN DALAM PELAKSANAAN
- Guru tidak mahir dalam mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang latihan.
- Kekangan masa dalam menyediakan bahan.
- Pelajar kurang berminat menggunakan komputer dalam pengajaran BM.
- Komputer di sekolah sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi.
- Kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di sekolah.
- Guru BM yang tidak dapat menggunakan bilik komputerkerana sering digunakan oleh kumpulan pelajar lain.
8.0 Cadangan Untuk Mengatasi Masalah
Terdapat beberapa cadangan yang diberikan iaitu:
- Mewujudkan jaringan kerjasama antara panitia atau sekolah dalamPPD
- Sediakan peruntukan yang sesuai untuk menyediakan teknologi komputer terkini.
- Wujudkan prasarana ICT yang sesuai untuk pembelajaran.
- Perlu ada kumpulan pembinaan bahan yang mendapat dorongan daripada pentadbir.
- Memberikan lebih dorongan kepada pelajar agar meminati komputer.
- Semua guru BM perlu diberikan pendedahan aplikasi komputer.
9.0 Rumusan
Isu-isu yang dibincangkan di atas kebanyakannya berfokus kepada pentingnya pengajaranberbantukan komputer dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran BM. Antara rumusan daripada dapatan kajian yang diperoleh seperti huraian berikut:
- Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitukomputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001).
- Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada dilakukan oleh guru BM. Namun,penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya,penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan.
- Untuk menjamin keberkesananpenggunaan dalam pengajaran, kursus yang dihadiri perlu dikaitkan dengan pembinaan bahan pembelajaran. Perisian yang sesuai boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Ini bersesuaiandengan dapatan kajian oleh Jeong-Bae Son (2006) yang menunjukkan penggunaan komputerdalam pengajaran terutama yang melibatkan kursus dalam talian mampu menarik perhatianpelajar.
- Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran BM juga didapati positif . Antaranya ialah penggunaan komputer dapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan BM. Kajian yang dijalankan olehSaad Al Kahtani (1999) menunjukkan penggunaan komputer dalam pengajaran menulis karangan dapat memberi kesan terhadap pencapaian pelajar.
- Perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran penggunaan komputer dalam pengajaran perlu dilakukan secara profesional untuk menangani kekangan yang dihadapi oleh guru.
Kesimpulannya, BM sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz Deraman, 2007). Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkanpenggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengankeperluan semasa perlu diberikan perhatian.
Wednesday, March 24, 2010
Guru Perlu Berubah!!
Namun, ramai guru masih berpandangan bahawa pelajar-pelajar yang datang ke situasi pembelajaran sebagai bekas kosong yang perlu diisi penuh oleh guru dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Pelajar-pelajar dalam bilik darjah hanya menjadi pendengar yang pasif tanpa melakukan apa-apa aktiviti pembelajaran. Mereka hanya bertanggungjawab mengeluarkan semula pelbagai ilmu yang diajar semasa menjawab soalan-soalan ujian atau peperiksaan.
Pandangan-pandangan yang tersebut di atas sudah dianggap sebagai sesuatu yang sudah tidak sesuai lagi dalam amalan pembelajaran masa kini. Guru-guru perlu menukarkan paradigma mereka kepada pengajaran berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. Murid-murid disediakan dengan aktivti-aktiviti pembelajaran yang boleh memperkembangkan daya intelek mereka disamping menggalakkan berfikir secara kritis dan kreatif. Guru-guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai dengan pelajaran yang diajar supaya suasana pembelajaran yang menarik, bermakna dan seronok dapat dihasilkan.
Cabaran-cabaran globalisasi menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan pelbagai program pendidikan untuk melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik IT, berkemahiran, dan berakhlak mulia. Bagi memenuhi kehendak ini, pembelajaran bukan lagi tertumpu dengan kaedah pengajaran di bilik darjah semata-mata. Penggunaan teknologi ICT perlu dieksploit sepenuhnya supaya memberikan kesan yang positif dalam pembelajaran pelajar.
Perkembangan dunia teknologi telah merubah sistem, kurikulum dan juga cara gaya pengajaran guru dan pembelajaran murid. Kita sekarang berada dalam zaman teknologi maklumat. Kita dihidangkan dengan pelbagai teknologi pendididkan daripada penggunaan OHP hinggalah kepada penggunaan perisian komputer.
Para guru di peringkat rendah mahupun di peringkat tinggi, haruslah cuba sedaya upaya untuk menggunakan ICT di dalam proses P&P bagi memberikan input yang terbaik kepada pelajar-pelajar kita.
Namun demikian, kesemua hanyalah merupakan alat-alat bantuan pengajaran dan pembelajaran; ianya tidak mungkin boleh menggantikan tempat dan peranan guru seratus peratus. Lantaran itu, guru masih memainkan peranan yang penting dalam pengajaran pembelajaran.